perhatian: 90% daripada cerita ini, akan diceritakan dalam bahasa malaysia, sebab rasa lagi sesuai (serta sedikit dramatik)
sesuatu berlaku kepada kami sekeluarga, pagi tadi.
untuk pengetahuan anda semua, setiap bulan, kami sekeluarga akan ke hypermarket untuk membeli barangan keperluan harian, dapur, anak2 dan sebagainya.
untuk pengetahuan anda semua juga, kami membeli barangan dalam kuantiti yang banyak (kiranya stok untuk sebulan), jadi, setiap kali membeli, kami mesti memerlukan > 1 troli.
selepas membawa bondaku ke Sri Munawwarah, dan selepas mr. hubby membayar bil jalur lebar di Maxis Centre TTDI, kami terus ke Kota Damansara kerana terdapat sebuah hypermarket yang baru dibuka di sana. agak teruja kerana pagi tadi adalah kunjungan kami yang pertama ke sana.
kebiasaannya, saya ke hypermarket dengan mr. son, ms. daughter dan bonda. tapi, hari ini, suasana dimeriahkan lagi dengan mr. hubby dan seorang mr. nephew yang umur 2 tahun lebih tua dari mr. son.
sampai di sana, kami mengambil 2 troli, satu ditolak oleh mr. hubby dan satu lagi ditolak oleh saya. bonda dan saya, pusing2 dalam hypermarket tu, untuk mencari barang2 dapur yang patut. mr. hubby pula (dengan ms. daughter di dalam troli), mr. son & mr. nephew pusing2 ke arah lain (maklumla, hypermarket tu besau!!)
sesudah mengambil semua barang yang diperlukan, saya serta mr. hubby beratur untuk membayar di kaunter. kalut dengan suasana yang ditimbulkan oleh mr. son, ms. daughter serta mr. nephew, saya meminta bonda membawa mereka ke ruang permainan yang tak jauh dari kaunter pembayaran itu.
setelah semua barangan habis di kira (agak lama juga, sebab budak yang jaga kaunter tu agak slow pergerakannya. mungkin baru mula bekerja!), saya dan mr. hubby berjalan ke arah ruang permainan itu. saya nampak bonda sedang berdiri memerhatikan mereka bermain gelungsur. tapi, sambil itu, saya juga mendengar suara mr. son memanggil2 nama adiknya, tapi kelibat ms. daughter tidak kelihatan.
[gambar dalam keadaan comot ni, diambil setelah bangun dari tidur sebab penat kena lecture, dah makan 2 biji J-Co Donuts. tak sangka hypermarket tu ada J-Co. tapi, IMHO, Big A lagi best!]
lalu, saya bertanya pada mr. son, "where's your sister?"
dia menjawab, "ntah, Tizz tak tau!"
saya bertanya pada bonda, "mana dikyam??"
bonda menjawab, "tu la, tak nampak dia.. dari tadi dah Mi duk panggil dia!"
yang paling buat kami panik tak tahan, kasut ms. daughter takde kat tempat letak kasut tu!!!
SUDAHHH!!
MANA ANAK AKU PEGIIIII????????
tetiba, hamba Allah yang sedang duduk di tepi ruang permainan tu,
bertanya pada saya, "anak you yang rambut kerinting tu ke??"
saya mengangguk.
"saya nampak dia jalan ke arah sana!" (sambil menunjuk ke arah barisan kaunter pembayaran)
seketika itu juga, saya terdengar sayup2, pengumuman....
".......kepada ibubapa atau penjaga kanak2 ini, sila datang ke kaunter khidmat pelanggan sekarang"
saya tidak dengar dengan sepenuhnya pengumuman itu, tapi hati saya tetap nak ke sana!
dengan (seberapa) PANTAS, saya berlari mencari kaunter khidmat pelanggan itu..
orang2 lain di sekeliling, semua memandang saya..
mungkin diaorg fikir, saya nak ke tandas (tak dapat nak tahan lagi kot!?)
sampai saje di kaunter khidmat pelanggan tu, saya nampak ms. daughter sedang didukung oleh pakcik guard hypermarket tu. luluh hati saya melihat dia yang TERSENYUM setelah melihat saya.
DIA BOLEH SENYUM???!!!!
pakcik guard tu memberitahu saya, "saya nampak dia berjalan2 seorang diri. saya tanya dia nak pegi mana?
dia kata nak cari Ibu.. terus saya cakap kat dia, takpe, Ibu suruh tunggu kat sini. kejap lagi Ibu datang amik"
terus saya ambil dia, dukung & peluk dia...
saya menangis (sekejap, tapi takde drama!)
jutaan terima kasih saya kepada kakitangan hypermarket tu, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya. Alhamdulillah, hamba Allah yang nampak ms. daughter ialah seorang yang baik.
kalau kebetulan orang yang jumpa dia tu, hati busuk...
uish! saya tak berani nak sebut kat sini.. mintak selisihhh!!
lepas dah reda sedikit, kami sekeluarga ke food court hypermarket itu, untuk makan tengah hari (tak banyak pilihan. yang ada pun, kurengggg sedap)
di pendekkan cerita, masuk aje dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang,
saya memberikan lecture yang setimpalnya kepada mr. son dan ms. daughter,
kerana mereka berdua ni, memang sangat berani!!
tak suka berjalan dalam shopping malls sambil pegang tangan Ibu atau Ayah,
tapi sangat suka berjalan sendiri, tanpa menghiraukan Ibu atau Ayah ada kat sebelah ke takde!
baekkk punya lecture, sampai mereka berdua tertidur dalam kereta!
bak kata status saya di FB,
"...another incident like that, i'll go cuckoo, for sure!"
musykil tentang reaksi mr. hubby??
na-da!! cool macam takde apa berlaku!!!
ini lagi sorang nak kena lecture!! grrrrrr!
tapi, paling penting, saya BERSYUKUR kepada ALLAH S.W.T. kerana masih sayangkan anak perempuan saya ni, dan sayangkan keluarga saya.. Amin...
Tuesday, January 27, 2009
hari ini dalam sejarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


5 comments:
babe, i read this entire entry with my heart at the highest beat! glad that yam is doing ok. lain kali, beli strap and pasang kat both her hand and yours.
OMG!
i pernah kehilangan my nephew masa keluar dgn my sister...
memang berderau darah.
jalan macam tak cukup tanah!!!
but glad ur daughter is ok.
miss spoilbrat: thanx!! i pun, masa tak jumpa dia tu.. mcm nak pecah jantung. next item to buy: straps for them!!
Mrs Noba: haa! memang, tak cukup tanah nak cari dia, kan?? i know how u felt.. 'nasib baik' masih ada dlm hidup i.. :)
huhuhu...
takutnyer.. lagik2 ngan macam2 citer.. kalau aku confirm nangis..!
lenn! aku nangis gak, tapi malu kalau over sangat! haha! so control skit laa :P tapi, suaraku memanggil si curly Yam tu, memang takleh lawan la! hahaha
Post a Comment